BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 10, 2009

incik krenzz baru balik bercuti

percutian terakhir untuk tahun ni. seronok sangat. even incik krenzz jer solo tapi bila dengan BFF incik krenzz tak terasa pon. tahun depan yang tak berapa hari lagi nih..mungkin merancang satu lagi percutian. cuma kawan-kawan incik krenzz harap the next time tuh incik krenzz sudah ada yang punya di sisi. entah lah. incik krenzz tidak pasti. incik krenzz okie2 saja setakat nih. yerlah. kawan-kawan tidak sama dengan buah hati tapi ape incik krenzz buley buat kalau masih takdirnya single. belum ada yang mau pada incik krenzz. sekarang incik krenzz pon masih bergelut dengan job hunting. belom ade rezeki nak keje di kl/selangor. incik krenzz mahu settle down dulu. tamatkan pengajian. punya rumah dan kereta idaman di kota. insya allah semuga tahun 2010 nih menjadi satu lagi tahun terbaik untuk incik krenzz. alhamdulillah incik krenzz juga amat bersyukur tahun ini menjadi tahun satu demi satu impian incik krenzz tertunai. incik krenzz bahagia jugak. sikit-sikit derita tuh ada namun nikmat kurniaan tuhan nyata lebey banyak dan melimpah ruah untuk incik krenzz.

0 cuppa: