BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 19, 2010

alhamdulillah

tindakan mengubah attitude yang positif sangat lah bermakna kini..dah nampak hasilnye. rupanya kuasa minda nih terlalu hebat. tuh pon blom banyak yang diexplore. masih pincang sana sini. taper yang penting ade persistance. suatu proses yang sangat mencabar pada mulanya. sempat incik krenzz merenung ke satu masa dulu. seringkali ada rasa yang sangat negatif. kehidupan dipandang tidak bermakna. sendiri merendah-rendah harga diri. bukan nya orang lain. hanya kerana kita berbeza dari orang lain. hanya kerana hidup bukan terjadi mengikut kehendak kita. malah tuhan pon nak disalahkan. tidak sedar yang apa saja tiada orang lain melainkan kita sendiri yang harus diletakkan pertangungjawaban tersebut. hati jadi buta. mata tidak mahu melihat langit yang terbuka dan bumi terbentang luas. sedih kerana orang tak sayang kita. sorang je pon yang tak sayang tuh. padahal masih punya ayah bonda dan saudara sekandung. rakan taulan dan sahabat handai juga tak putus beri sokongan. namun apa pon perlu bermula dengan langkah pertama. dan incik krenzz sangat bersyukur kerana berani mengorak langkah itu. hasilnya?? terlalu indah dan tak mampu digambarkan dengan kata-kata selain memanjatkan kesyukuran tidak terhingga.

salam matibasi
:))

0 cuppa: