dua perkataan yang sering digunakan dengan meluas. semua orang punya harapan dan impian. bezanya kepada siapa perkataan ini kita attribusi kan??
bagi incik krenzz harapan itu sifatnya destructive. memusnahkan. cam mana lah incik krenzz bley berkata begitu kan? harapan tuh dengar cam positif je. kata orang lagi harapan itu yang memberi makna kehidupan kita. harapan itu masa depan kita. harapan buat kita ada sesuatu kebergantungan. haa kat situ lah yang incik krenzz fikir sangat merosakkan. bagaimana kalau harapan tidak dapat dipenuhi? pasti kecewa. tak banyak pun pasti terdetik juga. apa lagi selama nih itu la fokus kehidupan kita. kita harap kita hidup bahagia. siapa pulak yang nak bahagiakan kita tuh? kita pasti kah dia boleh? ingat. harapan pasti perlukan sesuatu atau seseorang untuk disandarkan. tidak begitu??
okeh bagaimana pula dengan impian? bagi incik krenzz impian itu constructive. sifatnya membina. impian pasti bermula dengan diri kita. seperti kita berangan-angan. impian atau dreams. ini cara berfikir orang kreatif dan maju. HONDA sendiri ada slogan macam nih. begitu juga kalau kita baca dan selami budaya bangsa-bangsa mencipta. the inovative nation. dengan impian lah mereka membina apa yang ada pada hari nih. impian datang dari kata dasar mimpi. kenapa perlu bermimpi? kenapa tuhan jadikan mimpi? kita adalah apa yang kita percaya..betul? minda yang buat semua nih. mimpi umpama guide pada minda kita tentang apakah yang kita mahu dalam hidup ini. dan pasti yang kita mahu itu harus datang dengan usaha kita sendiri bukan HARAP pada orang semata. bila semuanya datang dengan kemahuan sendiri..tidaklah wujud budaya menyalahkan orang dan situasi sperti yang selalu berlaku kepada kebanyakan orang. setiap orang bertanggungjawab kepada dirinya. setiap tindakan kita yang pilih. jangan lah kata kita dipengaruhi. diperdaya. sebenarnya kita yang membenarkan diri kita dipengaruh dan diperdaya.
incik krenzz taw dalam kebanyakan post malah di dalam kata-kata atau kehidupan seharian incik krenzz bunyinya kedengaran sangat self-centred. yeah itu yang incik krenzz percaya. sebab hanya diri sendiri yang mampu dikawal dan mengawal. hanya pada diri sendiri incik krenzz letak segala pertanggungjawaban. tiada manusia sempurna. setiap hari incik krenzz sentiasa cuba untuk tidak mengaitkan sesiapa malah sebarang perkara atau situasi yang tidak memihak pada incik krenzz. kalau salah ai admit jer n say sorry if possible. dimaafkan atau tidak itu terpulang. mana bley incik krenzz paksa2 dia maafkan ai kan??
buat masa ini..perjalanan hidup incik krenzz sangat wonderful. family, friends and love one are by me. berkerja berkerja dan terus berkerja dalam misi untuk menjadi young, handsome and rich. wealth is not how much u spend but how much u save..
[A notes in August]
9 years ago

![Dj Sammy- Heaven [slow Version] (with Lyrics).mp3](http://img502.imageshack.us/img502/8661/purple.gif)
0 cuppa:
Post a Comment